Saturday, February 15, 2014

Janji tetap janji :P

Nabil Majeni | 7:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum w.b.t
Hmm. Ba, seperti yang dijanjikan, malam ni aku cerita pasal Syahrif, aka Chief Of Creativity and Mendalas bagi geng kami. Memandangkan dia ni bercakap lurus seja, hampir setiap apa yang dikatakan oleh budak ni akan membuatkan kami ketawa. Nda kira la relevan atau pun tidak dengan apa yang sedang kami bincangkan. Beliau juga merupakan seorang yang "immune" bila kami "kasi kuyak" dia(bukan koyak, kuyak aka malu). As I said earlier, dia nila paling slamber kat dalam geng lelaki kami ni. Dan juga, paling susah mau cari fail dan di kasi kuyak. So, kami pun pakat, asal dia buat satu seja silap, kami semua akan ketawakan dia habis-habisan. No matter the cost. Hahaha. :P

Gambar beliau masa muda-muda. Hahaha

Anyway, Syahrif ni Roommate aku masa dok kat Asrama. Daripada Form 3(Kami masuk sama-sama, alasan berbeza; aku sebab PMR dah dkt, dia pula, x ingat). Mula-mula dok la kami dengan budak-budak lain kat dalam dorm Helang, berkongsi kabot(Cupboard aka almari actually) dan satu kelas juga.. Aku dulu pun x reti sangat duduk asrama ni macam mana, so aku pun geng dengan dia la untuk ambik pengalaman. Hahaha. Last-last, aku hafal sudah semua bila mau pigi makan, pigi Surau, pigi Mandi etc. Dia dulunya punyai seorang girlfren, tapi itu bukan hak aku untuk cerita dekat sini. :P (Cuma adalah sedikit-sedikit pergeseran antara aku dengan dia pasal tu perempuan, besalah tu, lelaki mempunyai sifat cemburu yang keanak-anakan la katakan. Dalam pendapat aku la. :P)

Hari berganti hari, akhirnya tahun  2012 pun datang juga akhirnya. Lepas kami semua sudah ambik results, ada 20 orang pelajar yang terpilih untuk masuk ke dalam kelas tersebut. dan ada antaranya tidak mempunyai sebarang gred A langsung dalam mana-mana subjek. Sikit seja yang dapat masuk walaupun syarat minima adalah dengan lulus mathematics dan science dalam PMR. kebetulan pula si Syahrif ni pun "terselamat" subjek mathematics dan science dia masa jawab PMR. Masa kat asrama pula, Syahrif ni tetap menjadi roommate aku bila kami dapat tumpang kat bilik Ketua Asrama(yang pada ketua itu merupakan kawan karib aku juga. hahaha) dan memang rapat dengan Warden kami yang mengajar subjek Sains dari Form 1 hingga form 3. Hehe. Kebetulan pula aku minat kat Sains ni, dapat la rezeki A dalam PMR. Alhamdulillah. :)

Anyway, Syahrif ni pelik juga orangnya. Permulaan kenal memang nampak macam pendiam, tapi lama-lama, apabila ikatan terjalin, naaa...bilang orang puteh; don't judge a book by its cover. Masa aku mula-mula kenal dia kat Form 1 masa kat orientasi dia nampak sangat pendiam, dan ada juga la elemen-elemen skema dalam diri dia. Sehinggalah kami bersama-sama di dalam kelas. MasyaAllah, punyalah pula perangai. Hahaha. Boys will always be boys. Daripada menyakat hingga buat bising dalam kelas, pergh. Sapu semua. Dulu aku nda berapa rapat dengan dia ni. Aku cuma rapat dengan Fiqhri(memandangkan kami bekas pelajar SK Pekan Kudat 2, cuma seberang jalan dari sekolah kami). Aku nda rapat dengan dia bukan apa, tapi dia terpaksa "cuti" sebab ada kecederaan dekat tangan beliau. Sampai mau dekat satu bulan kalau nda silap dia cuti. Last-last, masuk seja sekolah, tinggal berapa hari seja lagi mau cuti. Ish3, sian juga aku tengok. Sehinggalah kami menginjak ke Form 2. Kat sini(kalau aku tak silapla) aku dapat tau yang dia ni sepupu dengan si Afsah(Alah...hahaha. Everyone got their crush from High-School, right? ^^), girl yang tersangatlah comel di dalam hati aku buat masa itu. Dan, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai girl tadi tu, aku pun mulalah rapat sikit dengan Syahrif ni. Hehehe. Ada udang di sebalik batu pula den ni kan?

Well, masa kami last year menjadi pelajar SMK Abdul Rahim 2. Muahahaha :D

More on the story, masa penghujung Form 2, kami pun makin rapat la hari demi hari, termasuklah pelajar lelaki lain-lain(With the exception of Ariffin and Khairul, sebab Khairul ni neutral, dan Ariffin is annoying. Ironically, Ariffin jadi bestfriend aku pulak sekarang. Hehe). Yang peliknya pasal Syahrif ni, walaupun nampak nakal, tapi dia ni macam gula-gula Jawbreaker(sepa pernah makan mesti tau). Lembut di dalam walhal nampak keras di luar. Lagi satu, sometimes, dalam kami ketawa menangis sepanjang bersekolah sama-sama, dia nampak lebih matang dari kami dalam beberapa situasi. Aku pun tak ingat situasi apa tapi memang jelas dia ni walaupun nakal, dia tetap guna otak dia untuk fikir baik dan buruk dan juga agak kreatif bila waktu-waktu tertentu. Tapi, bila marah...well, kena bertapuk dalam bunker kalis nuklear la. Hahaha. But overall, dia memang seorang kawan yang baik. Selama 3 tahun aku jadi roommate dia ni, dan gila-gila dia pun ada sudah yang terasimilasi kat aku. Hahaha. Roommate dari Form 3 hingga Form 5. My friend, gila-gilamu tetap menjadi pujaan hatiku. Wakakaka.

Well, aku rasa itu sejalah yang aku rasa aku tau pasal Syahrif ni. Lagipun, xkan semua sampai buruknya pun aku mau cerita kan? Agak-agaklah bro. :P

Anyway, Peace Yo. Hehe.


Pelik orangnya. Hahaha.



No comments:

Post a Comment

Press

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.