Monday, February 10, 2014

Kenangan Terindah

Nabil Majeni | 6:17 AM | 2Comments |
Assalamualaikum w.b.t
Hmmm. Sedar nda sedar, aku kini sudah pun bergelar lepasan pelajar sekolah bagi sekolahku, iaitu SMK Abdul Rahim 2. Alah, sekolah besa-besa seja pun. Bukan juga sekolah cemerlang. Tapi, di sekolah ni la aku dapat pendidikan, sama ada yang formal mahupun yang tidak formal(well, everyone does at their own school) dan dapat bertemu, bergaul dan berpisah dengan rakan-rakan sekolah yang lain. Best, haha. ^^
Tapi bak kata orang putih; a journey that have a start would also have an ending. Selama 5 Tahun kami kat sekolah ni...best gila. Macam2 kenangan daripada form 1 sehingga form 5, dari jadi Pengawas sehinggalah menjadi barisan pelakon drama, tapi kenangan yang mmg aku nda dpt lupa ni, adalah kenangan dengan kawan-kawan aku dari 4/5 Amanah batch 2012/2013...

Sepakah mereka itu? Mari kita lihat. Jeng jeng jeng....


    
     


Hah, inilah muka budak-budak 4/5 Amanah bagi batch 2012/2013, and yes, memang seramai itu seja la murid kelas kami dari tahun 2012 sehinggalah tahun kami menduduki SPM; 2013. 19 orang yg terpilih untuk memasuki kelas aliran Sains(Sekolah kami memang x banyak yang dapat masuk Science Stream, walaupun minimum kelayakan adalah mendapat gred C pada subjek Mathematics dan Science dalam PMR). Pada asalnya mempunyai 20 orang murid, namun berkurang dan bertambah maka tinggallah 19 orang. Nampak muda lagi ek? Hahaha. Gambar diambil pada hujung tahun 2012 kalau x silap aku. But wait, there's more...


Barisan belakang dari kiri ke kanan: Eirah, Zaliezah, Vievie, Nani, Ezrah, Afsah(OMG! ^^), Mona, Almy, Muraijah, Jairah, Nora
Barisan depan ditto: Aku, Rizam(Bulan@Lan), Jeff(Daktur@Kipyas), Haiza(Tobe@K. Kelas), Teacher Nadiah, Syahrif(PK. Kelas), Ariffin, Muammar(Bawang :P) dan Khairul(
























Ni pula, gambar yang di ambil pada tahun lepas, sebelum kami semua menghadapi The Great Grandmaster Exam Of Malaysian Students; Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Gerun weh, tapi untuk mengabadikan kenangan, kesemuanya menunjukkan muka yang tenang, meskipun hati berkobar-kobar untuk menjawab soalan SPM tahun 2013 tu...

Anyhow, aku nak kenalkan geng Jejaka Idaman Malaya(Unofficial, hehe) kelas kami ni. Dari kiri ke kanan ye cik akak, adik, abang semua; Aku, Rizam(We called him "Bulan" @ Lan), Jeffienus, Syahrif, Ariffin(Yang pakai blazer tu), Muammar( callsign "Ayap") dan last but not least, Khairul Fadzlee Che Mat(Ok ok, nama dia memang betul la Khairul Fadzlee, aku add ja part Che Mat tu. Hahaha). 

Keistimewaan tentang kami bertujuh ni ialah, kami adalah orang yang pertama membisingkan kelas sekiranya radar kami mengesan sebarang "fail". X kiralah cikgu, murid, guru kelas kami, semua kami kasi ketawa. Tapi terdapat juga senarai orang yang kami x brani mo kasi ketawa. Antaranya guru Add Math kami, cikgu Saifullah. Seorang guru disiplin yang sempoi, cool dan paling penting sporting(Promote jap, mudah-mudahan ilmu yang beliau bagi kekal, ^^) tapi jangan sampai beliau naik angin sudah. Memang best dapat cikgu macam beliau. Sangat best bila belajar dia guna loghat Kelantan beliau dan beliau pandai buat lawak secara logik. Meskipun banyak benda yang dia dah buat kat kami, tapi kami tau semua tu dari salah kami juga, cuma kena kuat hati seja la. Hehe. Anyway, balik kepada topik asal, kami 7 orang ni kiranya memang wanted dan memang nakal dalam kelas. Sure, kami pengawas tapi bila cuma ada 7 orang lelaki di kelilingi oleh 12 orang perempuan di dalam suasana kelas sebegitu, akan muncul perangai "gila" kami. Tapi, hasil daripada "gila" kami tu la, kami semua sudah rasa seperti adik-beradik di dalam kelas. 

Yep, ini semua normal.
Arkib bagi setiap "Fail" yang tersebut :P
Dan yang uniknya pasal kami ni, geng 7 orang lelaki adalah seperti satu skuad pasukan khas yang mempunyai skill set yang tersendiri. Contohnya, budak Khairul Fadzlee tu, dia kiranya brains of the team la
katakan, sebab dia ni terer addmath; subjek yang membuatkan kami semua diam terkelu sambil garu kepala dan mengharapkan yang keajaiban akan berlaku. But somehow, he made it. Asal ada addmath punya homework seja, kami refer dekat dia dulu, dan kalau dia x dapat maka akan kami refer pula pada si Shahirah @ Eirah. Manakala si Ayap ni pula, rajin mem"baki" kan orang. Memandangkan dia di tangga yang kedua Top Fail kelas kami, maka dia telah menghasilkan satu teknik untuk menggunakan fail tersebut dan digunakan ke atas orang yang telah mentertawakan dia kerana fail itu. Setakat ni, cuma dia seja yang dapat buat teknik tu, hahaha. Moving on, Jeffienus Juas merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kelas kami. Bagi aku, dia ni la Raja Lawak kat dalam kelas. Hampir setiap apa yang keluar dari mulut dia ni boleh ditertawakan, smpaikan macam wajib seja mau ketawa bila dia bersuara. When fail(s) are detected, dia la paling power dalam mentertawakan orang sehingga mukanya menjadi kemerah-merahan. Hahaha. Banyak gelaran, daripada Daktur, Doktor Jinggul, Patrick Starfish, Man Bengap(Dinding Sayung Tiang Cengal) dan macam-macam lagilah. Tapi ada satu cara untuk buat dia stop ketawa kat kami dan ketawakan dia pula balik dengan mengungkit fail dia yang terdahulu. Hahaha. Selalunya bila kami ungkit fail dia ni, c Khairul mesti ketawa over sampaikan si Jeff ni pun terdiam. Hahaha.

Bagi Ariffin ni pula, well, dia ni memang best dibawa berkawan. Sentiasa mempunyai idea yang kami semua kadang-kadang jarang mau pikir. Best juga berkawan dengan dia ni, kira karas la kami ni. Tapi macam biasa, bila sudah satu orang daripada kami yang fail, pasti semua akan ketawa. Hahahaha. Ada satu peristiwa ni, mengenai fail si Ariffin ni. Kami baru seja balik dari sekolah(Kelas abis jam 2), dan tengah berjalan menuju ke arah kantin,  kami bercadang mau keluar pigi pekan hari tu. Maka, kami pun bincang la dalam bulatan(still berdiri, dengan buku, beg etc) di laluan mau pigi kantin tu. Tengah semua serius bincang pasal mana mau kumpul, mana mau pigi, tetiba Ariffin ni cakap yang dia mau pergi "Hawi", Hahaha. Apalagi, meletup ketawa kami semua masa tu juga. Sampai si Syahrif pun terduduk sudah menahan ketawa. Hahahaha. Ariffin ni pula hanya tersenyum. Bila kami ingat-ingat balik memang lucu juga. Semua sudah muka serius, teda langsung niat mau ketawa masa tu. Tetiba pula ada fail tumpang lalu, sepa x ketawa? Ok ok, mungkin kamu x, tapi kami memang kelucuan masa tu.

Seterusnya pula bagi Syahrif, memandangkan dia ni la watak paling kureng dalam geng kami, maka akan diceritakan pada post yang lainnya. Panjang beno dah post ni. Hahaha. Sekian.





2 comments:

Press

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.