Saturday, February 15, 2014

Minat? Ataupun...

Nabil Majeni | 9:52 PM | 0Comments |
Assalamualaikum w.b.t

Ingin aku berkongsi sebuah coretan(Cehh..kalau cikgu BM aku nampak. Confirm aku blacklist terus!) mengenai minat(ataupun cita-cita?) aku yang mendalam terhadap bidang ketenteraan/kepolisan. Hehehe.


Tengok dari topi aku pun dah tau. Hahaha 
Sebenarnya kan, terus terang. Aku pun nda tau darimana datangnya minat aku terhadap Polis dan Tentera ni. Sebab aku teda nampak pun mana-mana keluarga dekat kami yang mempunyai kerjaya Tentera atau Polis(Yang dekat maksud aku, yang aku selalu dapat lawat, jumpa dan tinggal di sekitar daerah kami). Tapi antara faktor-faktor yang mungkin dapat dikaitkan adalah banyak wujud filem dan drama tempatan yang bertujuan mau menyemaikan sifat dan nilai patriotisme di dalam diri generasi akan datang. Macam filem/ drama Gerak Khas arahan Dato Yusof Haslam, Sarjan Hassan karya Allahyarham P. Ramlee dan juga filem Leftenan Adnan(Nda ku ingat sepa pengarah dia). Plus, masa budak-budak aku memang suka dengan mainan senapang dan mainan-mainan askar berbanding robot atau kereta. Kalau masa dulu-dulu, arwah nenek sebelah mak aku bawa jalan pigi Pekan Kudat, naahh, hahaha. Aku lah budak paling gumbira. Sebab aku tau, Arwah Inah(Nama panggilan nenek aku yang mak aku selalu guna, so aku pun ikut-ikut, maksud dia sebenar ialah "ibu" dalam bahasa suluk) nda akan marah/larang aku kalau mau beli mainan. Mesti akan Arwah Inah kasi beli juga. Manjanya aku dengan arwah nenek aku dulu. Setiap kali pulang selepas di bawa berjalan pigi Pekan, mesti ada "ole-ole". Samada mainan-mainan askar atau senapang. Ntah kenapa, tapi aku minat dengan mainan-mainan askar(dulu dalam satu set, ada kereta kebal, meriam, jambatan, bendera dll). Hehehe. Dulu, aku aku masih ingat lagi, waktu tu aku dalam lingkungan 10-12 tahun la kalau nda silap. Setiap kali balik kampung, sepupu-sepupu aku adalah geng aku dalam melaksanakan permainan Tembak-tembak ni. Hahahaha. Dari bawah "kulung" rumah orang sampai la pigi kenduri kahwin kampung, kami la kunun jadi Polis. Siap bawa Pistol. Hahahaha. Yang spoil tu selipar seja la. Masing-masing nda brani mau pakai kasut. Takut kena marah oleh parents masing-masing. Keh keh keh :P

Dan satu lagi, aku suka betul tengok senapang! :D Hahahaha. Di saat orang lain belajar mau kenal enjin, sport rim apa semua, aku sibuk mau tau apa kaliber senapang, bila senapang tu dibuat dan mau tau samada ianya tahan lasak atau tidak(M16 vs AK47, tipikal) dan lain-lain. Selain senapang, aku juga minat dengan aksesori senapang seperti pejera optik(Optical sight dalam bahasa omputeh dia), grip, flashlight, grenade launcher etc. Ini mesti pengaruh game ni. Hahahaha.


Muka sakai deh. Hahaha.
Aku pun sebenarnya nda pernah pegang senapang real ni sehinggalah pada tahun 2011 bila ada pameran PGA kat sekolah bapa aku. Wah, sangat la best. Dua tiga kali aku masuk pameran tu meskipun ada banyak lagi pameran lain(Hari tu ialah hari kantin sekolah dorang) sehinggakan abang PGA tu pun dah tau yang aku ni mesti gila senapang. Bayangkan, budak yang minat nak pegang senapang dapat pegang daripada pistol sehinggalah kepada GPMG(General Purpose Machine Gun). Memang best doh. Tapi yang tak bestnya, senjata berat seperti H&K L11 dan FN GPMG  seja.

Beratnya kalau aku nda silap 10 kilo. Mak aihh...berat gila...
 Tapi apabila Najib datang pigi Kudat, lain ceritalah. Hahaha. Kat sana, abang-abang askar tu macam penat sudah melayan aku. Balik-balik datang pigi gerai dorang. Test semua senapang. Kat sana, wuiihhh...banyak gila senapang gred tentera. Siap ada satu rifle penembak tepat tu, sebijik macam kat dalam counter-strike. Abis semua dibawa posing. Tapi kawan aku ni troll betul, nda di save pun. Hampeh. Lantaklah, janji puas ati. Hahaha.

P/s: Cita-cita mau jadi askar, apakan daya, mata aku ada empat. Tidak layak mau masuk memohon walaupun hanya askar wataniah. Well, apa boleh buat la...dah rezeki aku. :P


No comments:

Post a Comment

Press

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.